Wednesday, December 14, 2011

Topik 9 Tamadun Islam

PENGENALAN
Islam adalah agama Âad-deenÊ untuk seluruh umat manusia tanpa mengira
bangsa dan latar belakang sosial. Islam juga menggalakkan umatnya belajar
daripada tamadun lain yang terdahulu daripadanya. Faktor kepelbagaian bangsa
yang menganut agama Islam dan sifat Islam yang terbuka kepada ilmu daripada
tamadun lain merupakan dua faktor yang menyumbang kepada pembangunan
tamadun Islam yang lebih besar.
Topik ini akan menjelaskan sejarah penyebaran Islam, gambaran Islam sebagai
tamadun dunia dan sumbangan-sumbangan ilmu para pemikir dan saintis islam.
Topik ini juga akan menerangkan bentuk-bentuk pemikiran sains sosial Islam
dan zaman moden dunia Islam.
Topik
9
Tamadun
Islam
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan sejarah penyebaran Islam;
2. Menghuraikan Islam sebagai Tamadun Dunia;
3. Merumuskan sumbangan ilmu pemikir dan saintis Islam;
4. Membuktikan bentuk-bentuk pemikiran sains sosial Islam; dan
5. Membicarakan zaman moden dunia Islam.
TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
137
SEJARAH PENYEBARAN ISLAM
Nabi Muhammad s.a.w adalah pengasas agama Islam. Beliau dilahirkan di
Makkah pada tahun 570 Masihi, sebuah kota yang menjadi pusat perdagangan
kabilah dan pusat kebudayaan di tanah Arab. Ibunya meninggal dunia 6 tahun
selepas Muhammad dilahirkan. Bapanya pula meninggal dunia beberapa
minggu sebelum baginda dilahirkan. Muhammad dibesarkan oleh datuk sebelah
bapa, Abdul Muttalib selama 2 tahun dan selepas itu oleh bapa saudaranya, Abu
Talib.
Dari segi keagamaan, orang-orang Arab Jahiliyah pada ketika itu menyembah
pelbagai tuhan dan objek. Selain itu penduduk Makkah juga terdiri daripada
mereka yang menganut agama Nasrani, Yahudi dan Majusi. Kaabah pula
menjadi pusat kegiatan keagamaan di kalangan penduduk yang menyembah
berhala. Masyarakat Arab pada masa itu hidup berpuak-puak dengan
mementingkan pertalian darah sebagai syarat keahlian dalam setiap puak.
Mereka bersifat materialistik dan layanan mereka terhadap orang miskin dan
hamba abdi amat buruk.
9.1.1 Perkembangan Pemerintahan Islam
Perkembangan Islam pada awalnya agak perlahan kerana mendapat tentangan
hebat daripada pelbagai puak di Makkah, terutama sekali daripada puak
Quraish. Untuk meneruskan penyebaran Islam, Muhammad terpaksa berpindah
ke Madinah pada tahun 622. Tarikh penghijrahan itu menjadi asas kepada
kalendar Islam yang juga dikenali sebagai kalendar Hijrah.
Muhammad menubuhkan pentadbiran Islam pertama di Madinah dan kerajaan
ini berkembang sehingga mereka berupaya menakluki Makkah pada tahun 624
Masihi. Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi. Untuk meneruskan kerajaan
Islam dan perkembangan Islam, pengikut-pengikut baginda melantik Abu Bakar
As-Siddiq sebagai khalifah. Abu Bakar r.a memerintah selama sepuluh tahun
dan berjaya mengembangkan empayar Islam sehingga ke Parsi, Syria dan Mesir.
Setelah Abu Bakar meninggal dunia, beliau diganti oleh Omar Al-Khattab. Omar
r.a memerintah selama 12 tahun. Antara pencapaian Omar adalah penubuhan
sistem kewangan Islam berdasarkan al-QurÊan, Hadis dan Sunnah dan
mengekalkan tempat-tempat suci agama Nasrani, Yahudi dan agama-agama
terdahulu. Omar berjaya mengembangkan Islam ke Jerusalem. Kepimpinan
Omar Al-Khattab disusuli oleh Usman Affan yang memerintah selama 12 tahun.
Beliau juga meneruskan usaha Omar r.a. Selepas Usman r.a meninggal dunia,
tempatnya diambil alih oleh Ali bin Abu Talib r.a.
9.1
1 38 TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
Kerajaan Islam di bawah empat orang khalifah itu dikenali juga sebagai
pemerintahan Khulafah ar Rasyidin. Setelah wafatnya Ali, pemerintahan
kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Umaiyyah dan Abbassiyah.
(a) Kerajaan Umaiyyah (661-750)
Kerajaan Umaiyyah yang Pertama ditubuhkan pada tahun 661 dan kekal
selama hampir satu abad. Tapak pemerintahan kerajaan Islam pada zaman
pemerintahan ini berpindah ke Damsyik. Ketika ini, empayar Islam
meliputi bahagian utara Afrika, sebahagian daripada Sepanyol dan
Perancis. Kerajaan ini terkenal dengan pendekatan baru dalam
mewujudkan institusi-institusi sosial dan perundangan.
Kerajaan Umaiyyah Kedua ditubuhkan oleh seorang putera bani Umaiyyah
yang melarikan diri apabila bani Abbas menakluki Damsyik. Putera
tersebut telah menubuhkan kerajaan baru di Cordoba dan Sepanyol.
Zaman kegemilangan kerajaan Islam di Sepanyol berakhir pada tahun 1031.
(b) Kerajaan Abbassiyah (750 - 1258)
Kerajaan Abbassiyah yang bermula pada tahun 750 Masihi, memindahkan
tapak pemerintahan dunia Islam ke Baghdad dan menjadikannya pusat
pentadbiran, politik, pengajian dan budaya dunia Islam yang lebih luas
lagi. Mereka memerintah selama 500 tahun tetapi pada akhir pemerintahan
kerajaan Abbassiyah, kuasa mereka hanya simbolik dan kuasa sebenarnya
berada di tangan sultan-sultan dan raja-raja setempat.
Kerajaan Abbassiyah runtuh apabila Hulagu, seorang pemimpin Mongol,
menakluki Baghdad pada tahun 1258. Walaupun begitu, kerajaan-kerajaan
Islam tetap berkuasa di tempat-tempat lain, misalnya kerajaan Fatimid
(Mesir), Ayyubiyah (Syria) dan Mamluk (Palestin). Pada zaman kerajaan
Abbassiyah jugalah berlakunya peperangan Salib (Crusades) di mana rajaraja
Eropah dengan sokongan Paus (Pope) menyerang Dunia Islam.
Serangan tersebut akhirnya dapat dikalahkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi
pada tahun 1187.
SEMAK KENDIRI 9.1
1. Dengan ringkas, huraikan sejarah penyebaran Islam.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pemerintahan Khulafah ar
Rasyidin? Bincangkan.
TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
139
ISLAM SEBAGAI TAMADUN DUNIA
Islam merupakan agama untuk semua manusia tanpa mengira latar belakang
bangsa dan kaum. Kesepaduan dalam Islam diasaskan kepada persamaan
ummah yang menentang sebarang bentuk diskriminasi semata-mata kerana
perbezaan budaya dan bangsa. Setiap bangsa sama-sama menyumbang kepada
pembinaan tamadun Islam yang bersifat universal.
Sungguhpun sebahagian besar daripada tamadun Islam terbina daripada
tamadun Arab, masyarakat Islam dari pelbagai budaya dan tamadun
menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam seperti Parsi, Turki, Afrika,
India, Cina dan Asia Tenggara. Salah satu daripada ciri Islam ialah ianya bersifat
akomodatif, iaitu kesediaan Islam untuk menerima dan mengiktiraf ilmu dan
pengetahuan daripada tamadun lain, selagi ianya tidak bercanggah dengan
akidah Islam. Jadual 9.1 menyenaraikan kronologi empayar-empayar Islam.
Jadual 9.1: Kronologi Empayar-empayar Islam
Tahun Kronologi Empayar Islam
570 Masihi Lahirnya Nabi Muhammad s.a.w
609 Al QurÊan mula diturunkan
622 Penghijrahan dari Makkah ke Madinah dan bermulanya takwim Islam
632 Rasulullah s.a.w wafat
632-661 Pemerintahan Khulafah ul Rasyideen
661-750 Kerajaan Umaiyyah Pertama
750-1258 Kerajaan Abbasiyyah
756-1031 Kerajaan Umaiyyah Kedua di Sepanyol
909-1171 Kerajaan Fatimid
137-1300 Kerajaan Seljuk
1187 Salahuddin Al Ayubi menakluki Jeruselam
1252-1517 Kerajaan Mamluks
1258 Puak Mongol menakluk Baghdad
1299-1924 Kerajaan Ottoman
1369-1500 Kerajaan Timurid
1453 Penaklukan Iskandariah Konstantinopel
1492 Granada jatuh
1502-1736 Kerajaan Safavid
Sumber: Islam: A global civilization. Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam, Kedutaan
Saudi Arabia, Washington, D.C.
9.2
1 40 TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
SUMBANGAN ILMU PEMIKIR DAN
SAINTIS ISLAM
Ahli pemikir dan saintis Islam telah banyak menyumbang kepada
perkembangan ilmu termasuk juga dalam bidang sains tulen. Ramai daripada
mereka telah mencipta peralatan sains yang digunakan dalam ilmu fizik,
astronomi, kimia dan perubatan. Jadual 9.2 menyenaraikan beberapa sumbangan
mereka dalam bidang sains tulen dan sains sosial mengikut kronologi dari tahun
700 hingga 1400 Masihi. Sesetengah daripada para saintis ini turut mempunyai
nama lain (rujuk nama di dalam kurungan di dalam Jadual 9.2) yang digunakan
di Barat.
Jadual 9.2: Ahli Pemikir dan Saintis Islam
Tahun Ahli Pemikir dan Saintis Islam
701 Khalid Ibn Yazeed - kimia
721 Jabir Ibn Haiyan (Geber) - kimia
740 Al-Asmai - zoologi, botani dan penternakan haiwan
780 Al-Khwarizmi - matematik, astronomi dan geografi
787 Al Balkhi, Ja'Far Ibn Muhammas (Albumasar) - astronomi
796 (meninggal dunia) Al-Fazari,Ibrahim Ibn Habeeb - astronomi dan
penterjemahan
800 Ibn Ishaq Al-Kindi (Alkindus) - falsafah, fizik dan optik
808 Hunain Ibn Is'haq perubatan dan penterjemahan
815 Al-Dinawari, Abu-Hanifa Ahmed Ibn Dawood - matematik,
linguistik
836 Thabit Ibn Qurrah (Thebit) - astronomi, kejuruteraan
mekanikal
838 Ali Ibn Rabban Al-Tabari - perubatan, matematik
852 Al Battani Abe Abdillah (Albategni) - matematik, astronomi,
kejuruteraan
857 Ibn MasawaihYou'hanna - perubatan
858 Al-Battani (Albategnius) - astronomi, matematik
860 Al-Farghani (Al-Fraganus) - astronomi, kejuruteraan awam
884 Al-Razi (Rhazes) - perubatan, oftalmologi, kimia
870 Al-Farabi (Al-Pharabius) - sosiologi, logik, sains, musik
9.3
TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
141
900 (meninggal dunia) Abu Hamed Al-ustrulabi - astronomi
903 Al-Sufi (Azophi) - astronomi
908 Thabit Ibn Qurrah - perubatan, kejuruteraan
912 (meninggal dunia) Al-Tamimi Muhammad Ibn Amyal (Attmimi) - kimia
923 (meninggal dunia) Al-Nirizi, AlFadl Ibn Ahmed (Altibrizi) - matematik,
astronomi
930 Ibn Miskawayh, Ahmed Abuali - perubatan, alkimia
932 Ahmed Al-Tabari - perubatan
936 Abu Al-Qasim Al-Zahravi (Albucasis) - pembedahan,
perubatan
940 Muhammad Al-Buzjani - matematik, astronomi, geometri
950 Al Majrett'ti Abu - Al Qasim - astronomi, alkimia, matematik
960 (meninggal dunia) Ibn Wahshiyh, Abu Baker - kimia, botani
965 Ibn Al-Haitham (Alhazen) - fizik, optik, matematik
973 Abu Raihan Al-Biruni - astronomi, matematik
976 Ibn Abil Ashath - perubatan
980 Ibn Sina (Avicenna) - perubatan, falsafah, matematik
983 Ikhwan A-Safa (Assafa) - kumpulan saintis Muslim
1019 Al-Hasib Alkarji - matematik
1029 Al-Zarqali (Arzachel) astronomi, pencipta astrolabe
1044 Omar Al-Khayyam - matematik, puisi
1060 (meninggal dunia) Ali Ibn Ridwan Abu'Hassan Ali - perubatan
1077 Ibn Abi-Sadia Abul Qasim - perubatan
1090 Ibn Zuhr (Avenzoar) ilmu pembedahan, perubatan
1095 Ibn Bajah, Mohammed Ibn Yahya (Avenpace) - falsafah,
perubatan
1097 Ibn Al-Baitar Diauddin (Bitar) - botani, perubatan,
farmakologi
1099 Al-Idrisi (Dreses) - geografi, permetaan dan pencipta globe
1100 Ibn Tufayl Al-Qaysi falsafah dan perubatan
1120 (meninggal dunia) Al-Tuhra-ee, Al-Husain Ibn Ali - kimia, puisi
1128 Ibn Rushd (Averroe's) - falsfah, perubatan
1 42 TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
1135 Ibn Maymun, Musa (Maimonides) - perubatan, falsafah
1140 Al-Badee Al-Ustralabi - astronomi, matematik
1155 (meninggal dunia) Abdel-al Rahman AlKhazin - astronomi
1162 Al-Baghdadi, Abdellateef Muwaffaq - perubatan, geografi
1165 Ibn A-Rumiyyah Abul'Abbas (Annabati) - botani
1173 Rasheed Al-Deen Al-Suri - botani
1184 Al-Tifashi, Shihabud-Deen (Attifashi) metallurgy (kajian
logam), sains batuan
1201 Nasir Al-Din Al-Tusi - astronomi, non-euclidean geometry
1203 Ibn Abi-Usaibi'ah, Muwaffaq Al-Din - perubatan
1204 (meninggal dunia) Al-Bitruji (Alpetragius) - astronomi
1213 Ibn Al-Nafis Damishqui - anatomi
1236 Kutb Aldeen Al-Shirazi - astronomi, geografi
1248 (meninggal dunia) Ibn Al-Baitar - farmasi, botani
1258 Ibn Al-Banna (Al Murrakishi), Azdi - perubatan, matematik
1262 (meninggal dunia) Al-Hassan Al-Murarakishi - matematik, astronomi, geografi
1273 Al-Fida (Abdulfeda) - astronomi, geografi
1306 Ibn Al-Shater Al-Dimashqi - astronomi, matematik
1320 (meninggal dunia) Al Farisi Kamalud-deen Abul-Hassan - astronomi, fizik
1341 (meninggal dunia) Al-Jildaki, Muhammad Ibn Aidamer - kimia
1351 Ibn Al-Majdi, Abu Abbas Ibn Tanbugha - matematik,
astronomi
1359 Ibn Al-Magdi,Shihab-Udden Ibn Tanbugha - matematik,
astronomi
Tamadun Islam bertanggungjawab memperkembangkan pemikiran dan
pengetahuan manusia setelah jatuhnya tamadun Greek dan Roman. Pemikir dan
ahli sains Islam juga menghasilkan penemuan yang tidak terkira banyaknya
yang dimanfaatkan oleh orang Eropah untuk pembangunan tamadun mereka.
Pemikir Islam juga mengasimilasi ilmu pengetahuan daripada tamadun lain.
Berdasarkan ilmu ini mereka telah membina tamadun yang merangkumi tiga
faktor yang terdapat pada semua tamadun ulung: keterampilan, keaslian
(originality) dan perkembangan kemanusiaan.
TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
143
BENTUK PEMIKIRAN SAINS SOSIAL
ISLAM
Salah seorang daripada pemikir terkenal dalam bidang sains sosial Islam ialah
Ibn Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 1332, dan meninggal dunia
di Kaherah pada tahun 1406. Karya beliau, Muqaddimah, memperlihatkan
keluasan pengetahuan serta sikapnya yang objektif dan kritis. Beliau telah
menghimpun dan merumuskan segala ilmu pengetahuan yang wujud dalam
bahasa Arab pada waktu itu ke dalam sebuah falsafah sejarah pertama di dunia.
Antara yang termasuk di dalamnya adalah teori politik yang mengandungi
rumusan idea-idea politik Plato dan Aristotle dan cetusan idea daripada
golongan ahli falsafah Islam dan daripada ahli-ahli hukum Islam. Sumbangan
penting pemikiran Ibn Khaldun ialah bagaimana untuk menganalisis dengan
sistematis maklumat yang diperoleh dari lapangan ke dalam bentuk yang boleh
difahami umum.
Pemikiran beliau yang sangat penting ialah yang berkaitan dengan sifat manusia
dan sifat masyarakat. Manusia sebagai individu tidak boleh hidup bersendirian,
tetapi memerlukan satu sama lain. Pandangan inilah yang menjadi asas kepada
konsep masyarakat.
Mengikut Ibn Khaldun, manusia mempunyai beberapa kelemahan dan
kekurangan secara semula jadi. Namun, Allah telah memberikan mereka akal
dan keupayaan untuk berfikir dengan abstrak. Masyarakat terbentuk kerana
keperluan untuk mengatasi kelemahan tersebut, kerana tanpa masyarakat,
manusia tidak boleh wujud dan bertahan lama. Walaupun begitu, keperluan ini
telah menimbulkan satu paradoks atau pertentangan antara sifat manusia yang
tamak dan ingin bebas, dengan sifat masyarakat yang memaksa manusia
bekerjasama sesama sendiri.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya konflik dalaman serta luaran di
mana bentuk dan punca konflik ini berbeza-beza mengikut tempat dan keadaan.
Seterusnya, bentuk konflik yang wujud itu mempengaruhi tahap kesepaduan
sosial (social solidarity) dalam masyarakat berkenaan. Misalnya, dalam keadaan
yang tidak menentu dan punca kehidupan yang tidak begitu menjamin,
kesepaduan sosial adalah tinggi, seperti yang dapat dilihat pada masyarakat
padang pasir yang berpuak-puak dan bersuku-suku. Sebaliknya, jika punca
kehidupan lebih terjamin dan lebih mewah, maka tahap kesepaduan sosial
semakin merosot, seperti yang dapat dilihat dalam kebanyakan masyarakat
bandar.
Dalam analisisnya itu, Ibn Khaldun melihat masyarakat sebagai satu keperluan
mutlak dalam kehidupan manusia. Namun demikian timbul pula masalah
9.4
1 44 TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
konflik kerana sifat manusia yang lebih mementingkan diri sendiri, sedangkan
dia harus akur kepada kehendak masyarakat. Dalam analisisnya itu ternyata Ibn
Khaldun merupakan salah seorang daripada pengasas awal kepada teori konflik
dan teori perubahan sosial.
ZAMAN MODEN DUNIA ISLAM
Pemikiran sosial Islam moden bermula selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah
dan penubuhan Republik Turki pada tahun 1924. Sebenarnya gerakan
kebangkitan Islam telah bermula lebih awal dari itu. Ia bermula dalam tiga
peringkat, iaitu semenjak abad ke-18 (Kassim Ahmad, 1984: ms 82-83), seperti
yang dinyatakan di dalam Jadual 9.3 di bawah.
Jadual 9.3: Tiga Peringkat Gerakan Kebangkitan Islam
Peringkat-peringkat Penerangan
Peringkat Pertama Peringkat keagamaan dan sosial yang bermula dari awal
abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19 seperti yang
dilambangkan oleh gerakan Wahhbiyah di Arab Saudi,
Sanusiyah di Afrika Utara dan Shah Waliyullah di India.
Mereka mengkritik amalan tahyul dan perlakuan bidaÊah.
Mereka menganjurkan penggunaan semula konsep ijtihad
dan menganut prinsip rasionalisme Islam (menentang
taklid) serta menyeru ummah kembali kepada al-QurÊan
dan hadis sebagai sumber asal bagi agama Islam.
Peringkat Kedua Peringkat tindakan politik dari pertengahan abad ke-19 hingga
pertengahan abad ke-20 di mana tokoh-tokoh seperti
Jamaluddin al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, Sayyid
Ahmad Khan dan lain-lain, meletakkan asas untuk perjuangan
anti-penjajah bagi mencapai kemerdekaan bagi umat Islam
yang dibelenggu oleh kuasa-kuasa Barat.
9.5
AKTIVITI 9.1
1. Apakah yang anda faham dengan Islam sebagai tamadun dunia?
Bincangkan dan buat perbandingan dengan rakan sekelas anda.
2. Pada pendapat anda, sumbangan ahli pemikir dan saintis Islam
yang manakah yang masih kuat pengaruhnya sehingga ke hari
ini? Bincangkan.
TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
145
Peringkat Ketiga Peringkat yang sedang dilalui sekarang, iaitu peringkat
pembangunan semula di mana tiga aliran fikiran - tradisional,
moden dan modenis - bergabung untuk mengembalikan
semula masyarakat Islam kepada zaman gemilangnya, zaman
yang dipandu oleh ajaran al-QurÊan dan Sunnah.
Salah satu daripada pemangkin kepada pembangunan Islam di seluruh dunia
ialah peranan yang dimainkan oleh negara Arab Saudi. Sebagai penjaga dan
pemegang amanah kepada simbol penting dalam tamadun dan agama Islam,
iaitu kota Makkah dan Madinah, Arab Saudi juga bertanggungjawab untuk
memperkukuh dan mengembang ajaran Islam ke seluruh dunia.
Kerajaan SaÊud Pertama ditubuhkan oleh Muhammad Ibd Saud dengan
sokongan Abd Al-Wahhad di Najd pada abad ke-18. Muhammad Ibd Saud
kemudiannya digulingkan oleh Muhammad Ali, pemerintah Mesir dengan
sokongan empayar Ottoman. Kerajaan SaÊud ditegakkan semula oleh Abd al-
Aziz Ibn SaÊud. Pada tahun 1926, beliau berjaya menakluk semula kota Makkah,
Madinah dan Jeddah dan menubuhkan pemerintahan Arab Saudi yang baru.
Keluarga diraja SaÊud menganggap diri mereka sebagai „penjaga Makkah dan
Madinah‰ atau Khadim al-Haramayn.
Satu perkembangan penting dalam zaman moden Arab Saudi ialah penemuan
simpanan petroleum yang banyak pada akhir tahun 1930an di Semenanjung
Arab. Penemuan tersebut telah menukar Arab Saudi daripada sebuah
masyarakat tradisional padang pasir kepada masyarakat moden yang
mempunyai sistem infrastruktur yang lengkap. Sungguhpun demikian,
pemerintah Arab Saudi masih kuat mengekalkan interpretasi undang-undang
Islam yang ketat.
Pendidikan juga telah diberi keutamaan dengan penubuhan beberapa buah
universiti besar dan moden di Arab Saudi seperti Umm al-Qura di Makkah,
Universiti Islam di Madinah, Universiti Islam Imam Muhammad Ibn SaÊud di
Riyadh, Universiti Raja SaÊud di Riyadh, Universiti Raja Abdal Aziz di Jeddah,
Universiti Petroleum dan Galian di Dharan. Mereka juga menubuhkan sebuah
institusi akademik, King Faisal Islamic Foundation untuk menggalakkan
perkembangan dalam bidang perubatan dan sains serta sebuah kompleks
penyelidikan yang dinamakan King Abd al-Aziz Scientific City.
Kerajaan Saudi juga membelanjakan sebahagian besar dariada pendapatan
petroleum untuk projek-projek kebajikan dan kesihatan bukan sahaja di Arab
Saudi tetapi juga di beberapa buah negara Islam dan di negara yang mempunyai
ramai penduduk Islam. Selain itu, demi perkembangan syiar Islam, kerajaan
Saudi juga membelanjakan sejumlah wang untuk menguruskan ibadah haji dan
1 46 TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
umrah. Pengurusan haji dan umrah adalah antara tanggungjawab yang sangat
kompleks kerana jumlah pengunjung yang ramai yang datang dari segenap
pelusuk dunia.
Dewasa ini Islam adalah agama kedua terbesar di dunia. Kaum Muslimin
kini berjumlah lebih daripada satu bilion di seluruh dunia.
Di 48 buah negara umat Islam menjadi anutan majoriti penduduknya
sementara di negara-negara lain pengikut Islam menjadi sebahagian
daripada golongan minoriti.
Sungguhpun tanah Arab boleh dianggap sebagai kawasan utama umat Islam
tetapi jumlah umat Islam terbesar ditemui di Afrika dan Asia.
Antara negara yang paling ramai umat Islam adalah Indonesia, Bangladesh,
Pakistan, India, Nigeria dan negara-negara Asia Tengah. Di Eropah, Islam
adalah agama kedua terbesar; di Amerika Syarikat pula, ketiga terbesar.
Empayar Islam bermula dengan penubuhan kerajaan Islam di Madinah dan
berkembang pesat sehingga menjadi sebuah empayar yang merangkumi
sebahagian besar daripada Timur Tengah, Eropah dan bahagian utara benua
Afrika, selain daripada negara-negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Tamadun Islam telah banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu
dalam hampir semua bidang yang dimanfaatkan oleh tamadun lain seperti di
Eropah.
AKTIVITI 9.2
1. Subtopik ini menghuraikan tiga peringkat gerakan kebangkitan
Islam. Dengan ringkas, nyatakan dua daripada peringkatperingkat
tersebut.
2. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan zaman
moden dunia Islam? Bincangkan dengan rakan anda dalam
myVLE.
TOPIK 9 TAMADUN ISLAM
147
Sebahagian besar daripada ilmu sains dan pemikiran sains sosial moden
berasal daripada buah fikiran dan kajian yang telah hasilkan oleh sarjana
Islam yang terdahulu yang berasal daripada latar belakang budaya dan
bangsa yang berlainan.
Al-QurÊan
Ibn Khaldun
Kerajaan Abassiyah
Kerajaan Uthmaniyah
Khalifah ar-Rashidun
Muqaddimah
Pemikiran sosial Islam
Sunnah
Armstrong, K. (1993). Muhammad: A biography of the Prophet. San Francisco:
Harper.
Esposito, J. L. (ed.) (1999). The Oxford history of Islam. New York: Oxford
University Press.
Ilyas Ba-Yunus & Farid Khalid. (1985). Islamic sociology: An introduction.
Portland, N. Y: The State University of New York.
Ismail Yusof. (2001). Pengantar sains sosial. Sintok: Penerbitan UUM.
Kassim Ahmad. (1984). Teori sosial Islam moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Oxford Islamic Studies Online. (2011). The Oxford Encyclopedia of the Islamic
World. Dicapai Ogos 15, 2011, daripada http://www.oxfordislamic
studies.com/article/opr/t236/e0383.

No comments:

Post a Comment