Wednesday, December 14, 2011

Topik 2 Perkahwinan dan Kekerabatan

DEFINISI PERKAHWINAN
Perkahwinan bukanlah suatu konsep yang mudah didefinisikan.
Penggunaannya amat meluas di kalangan orang kebanyakan dan ahli-ahli sains
sosial, tetapi maknanya sering bergantung kepada konteks budaya. Ferraro
(2006) mendefinisikan perkahwinan seperti berikut:

Perkahwinan boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yang
memberikan pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan
perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga.

Ini bermakna perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa,
membenarkan mereka mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan
mengatur hak-hak ekonomi di antara mereka. Perkahwinan melibatkan satu
bentuk kontrak atau perjanjian di antara kedua-dua belah pihak dan dijalin
dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan.

Manusia berkahwin dengan tujuan untuk membina keluarga. Ferraro (2006)
mendefinisikan keluarga seperti berikut:

Keluarga merupakan satu unit sosial yang diasaskan kepada kerjasama
ekonomi, yang juga berperanan melahirkan zuriat, menjaga dan mengasuh
anak-anak dan berkongsi tempat tinggal.

Perkahwinan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua pasangan
(biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh
masyarakat. Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights).
Kalau kita perhatikan, dalam masyarakat terdapat hubungan sosial dan ekonomi
antara lelaki dan perempuan yang tidak semestinya melibatkan sebarang
hubungan seks, contohnya hubungan antara abang dan adik beradik perempuan;
tuan besar dan orang gaji perempuannya; majikan dan setiausahanya.
A New Dictionary of Sociology pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu
hubungan yang direstui oleh masyarakat antara dua orang yang berlainan
jantina yang dijangka akan berkekalan sehingga selepas tempoh penghamilan
bayi dan selepas bayi itu dilahirkan.
Bagi A. R. Radcliffe-Brown, „Perkahwinan adalah satu bentuk hubungan sosial
yang khusus yang memberikan pengiktirafan sosial atau taraf keibubapaan
kepada anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut.‰
Definisi lain menyatakan bahawa perkahwinan adalah satu perlakuan budaya
untuk mewujudkan famili, iaitu yang melibatkan penyusunan semula pelakupelaku
sosial dari segi peranan masing-masing. Misalnya kalau sebelum
berkahwin seseorang itu menjadi ahli keluarga orientasi (keluarga di mana
seseorang itu diasuh dan dididik), tetapi selepas berkahwin dia menjadi ketua
keluarga prokreasi (keluarga di mana seseorang itu menjadi ibu bapa dan
melahirkan anak sendiri).

FUNGSI-FUNGSI PERKAHWINAN
Pembentukan keluarga melalui perkahwinan memenuhi pelbagai fungsi untuk
masyarakat. Fungsi-fungsi perkahwinan adalah seperti berikut:
(a) Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri.
(b) Membahagikan tugas di antara suami dan isteri (division of labour).
(c) Memastikan terbelanya kebajikan anak-anak.

Hubungan Seksual

Perkahwinan mengatur hubungan seksual yang stabil di antara suami dan isteri
untuk tujuan prokreasi (pembiakan). Hubungan seksual biasanya akan
mengakibatkan kehamilan, dan jika kehendak manusia ini tidak dikawal, ia boleh
membawa kepada kerosakan. Anda hanya perlu membaca akhbar untuk melihat
kesan hubungan seksual yang tidak terbatas: perempuan remaja yang hamil tanpa
bapa, kemudiannya melahirkan anak luar nikah yang tidak berdosa, akhirnya
anak itu dibuang begitu sahaja seperti sampah sarap (sila lihat Rajah 2.2). Inilah
akibatnya jika hubungan seksual dibiarkan berleluasa begitu sahaja tanpa
sebarang sempadan. Cuba fikirkan apakah faktor sosial bayi luar nikah dibuang?

Pembahagian Tugas
Perkahwinan juga menyediakan mekanisme sosial yang mengatur pembahagian
tugas mengikut jantina (division of labour). Untuk sebab-sebab yang tertentu
(secara budaya dan biologikal), lelaki memikul tugas-tugas tertentu manakala
wanita menyandang peranan yang berbeza. Untuk memaksimakan kelangsungan
masyarakat, lelaki dan wanita harus bekerjasama dengan menawarkan
„perkhidmatan‰ antara satu sama lain. Perkahwinan memudahkan pertukaran
berlaku antara lelaki dan wanita. Secara tradisional, lelaki diharapkan memikul
beban sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah. Wanita pula memegang
peranan sebagai suri rumah yang menguruskan rumah dan menjaga anak-anak
yang masih kecil. Lelaki memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan
fizikal, ekonomi dan saraan hidup kepada golongan domestik yang terdiri
daripada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua yang tidak berdaya.

Kebajikan dan Perlindungan Anak-Anak
Akhir sekali, perkahwinan memastikan bahawa kebajikan anak-anak tidak
terabai. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya bertanggungjawab dan menyediakan
keperluan-keperluan seperti pendidikan dan kasih sayang kepada anak-anak.
Kita tidak boleh berkelakuan seperti haiwan dalam membesarkan anak-anak.
Tahun-tahun pertama seorang anak akan menentukan sama ada dia membesar
menjadi orang atau menjadi „hantu‰ kelak. Proses pembudayaan bermula di
rumah: kanak-kanak banyak bergantung kepada ibu bapa untuk tunjuk ajar
sosial. Di sinilah kita lihat pentingnya peranan ibu bapa dalam memastikan
suasana keluarga sentiasa positif untuk menjayakan keluarga bahagia (sila lihat
Rajah 2.3). Anak-anak ibarat kain putih; terpulang kepada ibu bapa bagaimana
mereka hendak melakar akhlak pada anak-anak mereka. Satu lagi sifat manusia ialah bayi yang dilahirkan itu memerlukan masa yang
lama untuk berdikari berbanding dengan bayi haiwan seperti lembu dan kuda
yang boleh berjalan sebaik sahaja ia dilahirkan. Justeru tempoh penjagaan bayi
manusia memerlukan institusi keluarga yang diwujudkan melalui perkahwinan.

PERTIMBANGAN EKONOMI DALAM PERKAHWINAN
Kebanyakan masyarakat menganggap perkahwinan sebagai kontrak yang
mengikat suami dan isteri serta ahli-ahli keluarga mereka. Kontrak ini juga
melibatkan pertimbangan ekonomi dalam bentuk pertukaran barangan dan
perkhidmatan. Pertukaran-pertukaran ini terbahagi kepada empat kategori:
(a) Mas kahwin
(b) Bride service
(c) Dowry
(d) Pertukaran timbal balas

Mas Kahwin
Mas kahwin ialah bayaran yang diberikan oleh keluarga suami kepada keluarga
isteri. Mas kahwin diamalkan oleh 46% masyarakat sedunia menurut World
Ethnographic Sample oleh Murdock. Lazimnya, mas kahwin dibayar dalam
bentuk wang (sila lihat Rajah 2.4), tetapi budaya-budaya lain turut membayar
mas kahwin dengan memberikan binatang peliharaan (biri-biri, kuda, lembu)
dan barangan (tikar, selimut, lembing dan barangan berharga dan berstatus).
Masyarakat Barat mempunyai tanggapan yang negatif terhadap mas kahwin.
Mubaligh-mubaligh Kristian menganggap mas kahwin menjatuhkan martabat
kaum wanita dan tidak selaras dengan konsep perkahwinan Kristian. Pentadbirpentadbir
kolonial menganggap mas kahwin sebagai lambang status wanita
yang rendah dalam masyarakat tradisional.
Ahli antropologi mengambil pendekatan yang berbeza dan mempertahankan
mas kahwin sebagai sebahagian daripada sistem perkahwinan tradisional yang
memainkan peranan penting. Mas kahwin memainkan pelbagai fungsi positif:
(a) Sebagai jaminan supaya isteri dilayan dengan baik.
(b) Sebagai mekanisme yang menstabilkan perkahwinan dengan mengurangkan
risiko perceraian.
(c) Sebagai ganti rugi kepada keluarga isteri di atas kerugian ekonomi kerana
anak perempuan yang menjadi isteri orang merupakan satu kehilangan
dari segi tenaga kerja.
(d) Sebagai ganti rugi kepada keupayaannya melahirkan anak kerana anak
perempuan yang berkahwin itu akan melahirkan zuriat untuk keluarga si
suaminya.
(e) Sebagai simbol penyatuan dua kerabat yang besar.
(f) Sebagai mekanisme untuk mengesahkan perkahwinan tradisional.
(g) Sebagai pertukaran hak-hak terhadap anak-anak daripada keluarga ibu
kepada keluarga bapa.

Bride Service
Mas kahwin sering diamalkan dalam masyarakat yang kaya dan mempunyai
sumber material sebagai asas pertukaran. Tetapi dalam masyarakat berskala
kecil yang tidak mengumpul wang dan barangan, bride service diamalkan di
mana pihak lelaki menawarkan perkhidmatannya kepada keluarga perempuan.
Bride service biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad yang mencari
makanan dengan berburu. Sebagai contoh, orang Ju/Ɗhoansi (sila lihat Rajah 2.5)
memilih suami berdasarkan kebolehannya untuk memburu binatang. Bakal
suami mesti memperlihatkan kelebihan memburu sebelum dianggap layak
untuk berkahwin, kerana bapa mertuanya akan bergantung kepadanya untuk
membekalkan hasil buruan sebagai bride servicenya.

Dowry
Berbanding mas kahwin, dowry merupakan perpindahan barangan atau duit
daripada keluarga isteri kepada pihak keluarga suami. Dowry sentiasa
dibekalkan oleh pihak isteri, tetapi penerima dowry berbeza daripada budaya ke
budaya. Dowry sering dikaitkan dengan masyarakat India pada persepsi umum
(sila lihat Rajah 2.6). Kadangkala amalan ini boleh disalahgunakan, dan ini telah
membawa kepada fenomena dowry death di mana isteri dibunuh atau
membunuh diri akibat gangguan atau deraan daripada pihak suami kerana keluarga si isteri gagal membayar dowry yang lebih tinggi. Dalam amalan dowri,
bukan wang dan barang sahaja yang boleh hilang kerana berkahwin, nyawa
anda pun boleh hilang!

Pertukaran Timbal Balas
Pertukaran timbal balas diamalkan di rantau Pasifik dan di kalangan masyarakat
pribumi Amerika (sila lihat Rajah 2.7). Ia melibatkan pertukaran hadiah yang
sama rata di antara keluarga-keluarga suami isteri. Amalan ini menekankan
bahawa perkahwinan di merata dunia bukanlah hubungan antara lelaki dan
wanita semata-semata tetapi merupakan persekutuan di antara dua keluarga.

KEKERABATAN

Manusia dilihat sebagai „haiwan sosial.‰ Apa yang membezakan manusia
dengan haiwan ialah kecenderungannya hidup dalam kelompok sosial yang
kompleks. Individu memainkan peranan sosial, memegang status yang berbezabeza,
dan mempunyai hubungan tertentu dengan ahli-ahli masyarakat yang lain.
Ahli antropologi budaya banyak mengkaji sistem kekerabatan dalam
masyarakat berskala kecil berbanding mana-mana topik lain. Kekerabatan
merujuk kepada hubungan-hubungan dalam masyarakat yang berdasarkan
pertalian darah atau perkahwinan (sila lihat Rajah 2.8). Mereka yang
bersaudara dengan kita melalui pertalian darah atau kelahiran dipanggil
saudara konsanguin (saudara sedarah). Mereka yang bersaudara dengan kita
melalui perkahwinan dipanggil saudara affinal (saudara semenda).
Sistem kekerabatan adalah penting kerana ia membantu manusia menyesuaikan
diri terhadap persekitaran sosialnya. Berikut adalah beberapa kepentingan
sistem kekerabatan:
(a) Ia membataskan aktiviti seksual dan menentukan siapa boleh mengahwini
siapa, mengikut prinsip sumbang mahram atau incest taboo.
(b) Ia menentukan bagaimana lelaki dan wanita seharusnya bekerjasama dan
membahagikan tugas.
(c) Ia menyediakan landasan untuk membesarkan anak-anak dengan baik.
(d) Ia menyediakan mekanisme untuk berkongsi harta benda dan barangbarang.
(e) Ia meluaskan rangkaian sosial seseorang dan ini membolehkannya
meminta bantuan dalam kesusahan.

SISTEM-SISTEM KETURUNA
N
Sistem-sistem keturunan memainkan peranan yang penting dalam sistem
kekerabatan kerana ia menentukan siapakah yang tergolong dalam atau
dikecualikan daripada sesuatu kumpulan sosial. Peraturan sosial ini memastikan
bahawa masing-masing jelas tentang kedudukan dan statusnya dalam konteks
kerabat. Tiada siapa boleh mempertikaikan hak dan peranan yang telah
disediakan untuknya. Di sini, kita akan membincangkan dua sistem keturunan
seperti berikut:
(a) Sistem keturunan patrilineal
(b) Sistem keturunan matrilineal

Sistem Keturunan Patrilineal
Jika anda mengkaji mana-mana budaya di muka bumi ini, anda akan dapati
bahawa sistem keturunan patrilineal mencorakkan kebanyakan sistem-sistem
sosial. Dalam sistem ini, seseorang individu itu mempunyai susur galur
kekerabatan melalui bapanya, datuk sebelah bapa, dan seterusnya melalui lelaki
sahaja. Berikut adalah mereka-mereka yang tergolong dalam sistem keturunan
patrilineal :
(a) Individu lelaki
(b) Anak-anaknya
(c) Anak-anak saudara lelakinya (bukan anak-anak saudara perempuannya)
(d) Anak-anak kepada anak-anak lelakinya (bukan anak-anak kepada anak
perempuannya)
Masyarakat tradisional Cina mengamalkan sistem keturunan patrilineal.
Keluarga patrilineal ini terdiri daripada seorang lelaki, (beberapa) isterinya,
anak-anak lelakinya, menantu-menantu perempuan, serta cucu cicit. Apabila
anak lelaki sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, dia akan
dikahwinkan dengan seorang perempuan daripada keluarga-keluarga lain (sila
lihat Rajah 2.10). Perempuan itu kemudiannya menetap dengan keluarga lelaki
tersebut dan melahirkan anak-anak untuk meneruskan keturunan lelaki tersebut.
Harta diwariskan daripada bapa kepada anak-anak lelaki dan kemudiannya
kepada cucu-cucu lelaki.

Sistem Keturunan Matrilineal
Dalam sistem keturunan matrilineal, seseorang itu tergolong di dalam kerabat
ibunya. Sistem ini terdiri daripada :
(a) Seorang wanita
(b) Adik-beradiknya
(c) Anak-anaknya
(d) Anak-anak saudara perempuannya
(e) Anak-anak kepada anak-anak perempuannya

Masyarakat Zuni (sila lihat Rajah 2.12) di New Mexico mengamalkan sistem
keturunan matrilineal yang terdiri daripada seorang atau sekumpulan wanita yang
tinggal bersama-sama suami-suami mereka di kediaman wanita. Hanya kaum
wanita menetap secara tetap di rumah wanita dan menjaga objek-objek suci di
kediaman tersebut. Suami-suami perlu membahagikan masa dan tenaga mereka di
antara keluarga-keluarga isteri, ibu dan saudara perempuan mereka. Mereka
mempunyai peranan-peranan yang berbeza bergantung kepada hubungan mereka:
(a) Peranan ekonomi
Untuk keluarga isteri. Status lelaki tidak terlalu bergantung kepada kuasa
ekonomi
(b) Peranan upacara
Untuk keluarga ibu dan saudara perempuan. Status lelaki banyak
bergantung kepada keperluan istiadat.

No comments:

Post a Comment